Small Pink Outline Pointer

Saturday, December 7

dont judge me by my past

Assalamualaikum wbt,

  Alhamdulillah diberi kesempatan lagi nak kembali ke zaman blogging. Seperti yang kalian ketahui, saya rajin dan aktif sekali ber-blogging sewaktu di tingkatan 3. ye, rasanya hampir every week kot mesti post. Paling kurang pun dua entry. Tapi, selepas itu tidak lagi. Masa dan jadual yang agak menyemburui saya yang tidak membenarkan saya berasmara jap dgn blog huhuhuhuhu (ayat nak lebat je)

  Semestinya, terlalu banyak yang saya nak cerita. Idea berduyun-duyun datang. Datang time tengah takda laptop pulak tu huhuhuhu. Jadi, disebabkan idea yang terlalu bersepah ibarat kertas-kertas folio akaun yang berselerak di atas meja apabila di tolak dengan rakus, haa macamtu la, saya akan meringkaskannya mengikut chapter by chapter. Apa yang saya harapkan disini ialah kalian sudi membaca sehingga tanda noktah berwarna biru laut.

4 Bukhari 2012

Rasanya tak banyak nak cerita. Kalau ada pun, tak ingat heee. Tapi waktu ni kitorang masing-masing belum lagi membina "kawan kapal". Mungkin ada la, starting kot. Kehadiran aku dan faten yg berpindah dari kelas ceria (lah sangat) ke kelas bukhari ternyata tidak membuat kitorang menyesal. Ada la menyesal mungkin sbb aku tetiba tak ambil seni, tambah-tambah belajar akaun pulak... -_- tapi tak apa! belajar kerana ilmu, kerana Allah, bukan kerana exam (ayat sedapkan hati). Hm, ok malas nak cerita panjang heh.

5 Bukhari

Im not going to talk about moments from Jan till December. Yea, mana yang aku ingat, aku share. Um tak sangka sebenarnya kelas sikit ni bagi aku, lebih mudah nak create satu perhubungan yang agak baik. Well, sbg contoh, kalau nak buat study group mesti semua cooperate and setuju. Senang cerita, sekepala. Yeah i admit, memang pernah gak la gaduh. Budak lelaki gaduh dgn budak perempuan. Budak perempuan gaduh dengan budak lelaki. Budak perempuan gaduh dengan budak perempuan (gang lain-lain). Tapi, yang pasti tak pernah budak lelaki gaduh dengan budak lelaki. Sebab diorang cool. Mungkin ada, tapi lelaki kan, mana main gaduh lama-lama. Hahaha. Ada satu fakta dalam kelas ni, budak perempuan semua ganas-ganas. And certain termasuk aku, jenis yang mcm garang lol garang ke? Tapi kalau budak lelaki buat hal, mmg kitorang mengamuk. Budak lelaki majority annoying pulak tu. Taknak ah sebut siapa. Tapi se-annoying diorang pun, kitorang tetap family :)

Lain orang, lain perangai.


Kitorang banyak buat jamuan. Bukan jamuan apa cuma, kitorang (kecuali aku) suka bawak makanan ke sekolah. So, bila ada mood dan bila ada yang bermurah hati nak share makanan, berlaku lah jamuan... Ada yang bawak kuih, kek, nasi arab, kek, dan ada juga yang order je. Sebab apa? sebab malas nak prepare dari rumah. Macam aku.. hehe. Lepastu, kitorang akan susun makanan atas meja, lepastu makan ramai-ramai dalam satu kumpulan, macam family dah.




Graduation Day

The first thing tht came in my mind, "aku...dah nak graduate..?" Seperti tidak percaya. Tubuhku yang kurus dan kecil sampai bila orang tanya, "tingkatan berapa?" aku jawab, "tingkatan lima" dan mereka menjawab balik dengan jawapan yang sama cuma dengan menambah tanda soal dan tanda seru, dah nak habis sekolah rupanya. 

Pada hari graduate iaitu pada 19 Okt, aku mengenakan baju kurung rayaku yang berwarna peach. Aku cukup gemar sekali akan bajuku itu kerana kainnya yang selesa dan coraknya yang simple. Aku hadir ke sekolah bersama dengan jubah graduasiku yang disimpan didalam beg "segi college". Kami sempat mengambil gambar setelah mengenakan jubah yang besar gila kot tu sebelum acara bermula. Setelah ucapan dibuat, tibalah giliran penyampaian sijil yang  fake tu. Lepastu, kami pun apalagi, bergambar la ish tu pun nak tanya ke. Sekejap-sekejap berdiri, sekejap-sekejap duduk, sekejap-sekejap camwhore, sekejap-sekejap selfie... err bukan sama ke...? ok aku tahu, korang malas nak baca pepanjang pasal ni. So marilah mencuci mata anda dengan melihat gambar-gambar yang menarik sepanjang majlis tersebut.


where's my hand?!








yeay! graduated!


A few days before SPM

Macam PMR, para calon wajib menghadirkan diri ke sekolah untuk sesi menyusun, mengelap, membersihkan, menampal slip di meja exam masing-masing dan juga tidak lupa, sesi mengambil gambar, teheeee! Kami diberi peluang mengenakan pakaian sukan untuk ke sekolah pada hari itu. Jadi, aku pun mengenakan pakaian kaa ku yang baru. Aku sengaja buat-buat lupa untuk membawa kain buruk dan baldi ke sekolah karna aq malas gils. k. Setelah kami mengetahui bilik masing-masing, kami pun membuat rombongan ke bilik 7 dengan perkakas-perkakas msg-msg.

Pilih meja yang cantikkkkkk je! Ye, itu merupakan perkara wajib apabila menghadapi sesuatu peperiksaan lagi-lagi exam besaq. Malang tidak berbau, kusangkakan meja ku purrrfect tapi, salah satu kakinya tidak sama ketinggiannya lalu mengakibatkan meja ku menari-nari. Hm.. tula, tak pegang ayat ni "nobodys perfect" tu yang dapat meja macamtu. Tapi, itu langsung tidak mematahkan semangat aku untuk menghadapi exam. Lepastu, kami pun apa lagi, cuci meja laaaa eyyy aku tension betul, asyik tanyaa je. Dengan penuh urat aku menonyoh-nonyoh meja ku dengan kain buruk beserta sabun. Haih, nak buat macam mana, tenagaku yang lemah telah membantutkan aku untuk mem-perfect-kan muka mejaku. Aku...pasghah. Setelah menampal slip, aku terfikir, apakah ini realiti? aku seakan tidak percaya bahawasanya aku...aku...aku sudah hampir menamatkan zaman persekolahanku. AMAGA TAK CAYE NYA.

Aku gumbira, sidih pun ada.

Setelah selesai sesi mengemas, kami pun berkumpul di dewan terbuka. blablablabla, sesi bermaaf-maafan.
Pada ketika ini, aku tiada mood untuk menangis. Tapi perasaan sedih tu tidak mampu ku elakkan. Kami bermaaf-maafan antara satu sama lain, dengan semua rakan-rakan yang pernah ku rapati, walaupun kelas lain. Aku berdoa agar Tuhan mengurniakan aku perasaan ikhlas dalam meminta maaf. Maaf ku katakan, ada certain yang aku tak ikhlas, tapi bagi yang membaca entry ni, demi Allah, aku ikhlas :) Aku terfikir akan seseorang itu yang sehingga habis exam pun, dia masih tidak meminta maaf dengan aku. Bukannya aku desperate dgn maaf dia, tapi....hm tak guna explain.

Aku hug rakan-rakanku seerat yang mungkin. Mereka pun membalas perkara yang sama. Hatiku menangis..
Doa serta maaf rakan-rakan amat ku perlukan untuk keberkatan ilmu yang telah ku pelajari selama ini.... Guru-guru pun.



budak baru yang diminati ramai hahaha


kebetulan hari sebelumnya dak ni punya bufday!



trademark sekarang

rindu

Overall, aku akan rindu semua ni. Um, dah start nak rindu kot rasanya. Aku takkan pernah lupa 5 Bukhari. kecuali la kalau kepala aku terhantuk kat dinding lepastu hilang ingatan. hehe. Aku harap, dan insyaAllah aku akan terus berdoa untuk kejayaan kita semua!

Jap.... aku terlupa something... tapi aku tak ingat.... aku ada benda nak cakap....
........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................... (jumlah noktah ini menunjukkan berapa lama aku cuba untuk ingat balik, maksud aku, sambil aku mengingat balik, i let my finger keep pressing the dot button. k)
........................................................................................................................................................................................(masih tak ingat) 
......................................................................................................................................................................................................................................................

Um takpela, aku tak ingat.... maklumlah, entry ni bukannya aku type 24 hours non stop. Ambil masa 2 hari gak la sebab mom not allowed me on comp lama sangat. Ah lagipun, time sekarang ni i mean time tengah type ni ha im not in the mood. Tapi sumpah tak tanya kan. Ha'ah memang pun. Ye ah. K. Apedo cakap sensorang....

Apa-apapun, terima kasih 5 Bukhari! Terima kasih untuk kenangan. Terima kasih untuk layanan. Terima kasih untuk segala perkongsian. Terima kasih untuk semua, terima kasih :)

Sedikit cebisan selepas menikmati karangan yg tatabahasa tunggang langgang, broken english. Semoga terhibur ya. (harapnya lah)












Terima kasih sebab sudi baca sampai dah takat bawah ni dah. Saya nak umumkan bahawa......anda......LAYAK UNTUK DIBERI GELARAN WARGA RAJIN MEMBACA. Tahniah! Tapi, janganlah mencontohi bahasa saya ye, tak bagus. Maaf untuk bahasa yang agak baku pada awalnya. Saya cuba untuk perbaiki diri. Ye, seperti yang anda lihat di title entry ini, maksud saya ialah saya cuba untuk mengubah cara saya menulis dari segala aspek (emosi terutamanya). Dulu entry saya semua bajet-bajet, berlagak, suka eksyen, lepastu attention seeking sikit. Harap kalian faham. Dan saya sayang nak buang (sebab bila baca balik, saya akan sedar secara tak langsung). Jadi saya biar je.
 Hm, okay, sekian terima kasih. Oyasuminasai. Assalamualaikum wbt :)  .


credits :
http://pixlr.com/express


No comments:

Post a Comment