Small Pink Outline Pointer

Friday, February 28

here i stand, here i stay



Assalamualaikum wbt,

  Ya anda bersama dengan saya pada malam ini kalau bukan Nurul Izzati siapa lagi. Seorang perempuan cun lagi kawaii kbye.

   Pertama sekali, saya ingin meminta maaf atas janji-janji melayu yg telah banyak saya lakukan yg mengatakan saya akan post entry baru. Alasan yang sama dan lapuk, saya busy. Tu je. Takda masa yg boleh dicuri untuk berblogging. Tapi saya ada masa baca blog korang! :D

   Memang betullah kata-kata senior dulu, memang banyak benda nak buat lepas spm. Buatlaahhh list sebuku pun, at the end mesti satu benda je yang buat. Paling banyak pun mungkin 2-3 benda. Dan benda yang aku dah decide before spm pun tak buat lagi T_T lesennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. Ah!

  Um sebenarnya tujuan entry malamni adalah untuk bercerita mengenai pengalaman saya bekerja di salah sebuah restoran. Okay taknak cerita panjang pun, sikit sudah. Panjang-panjang pun bosan en.

First day- aku melangkah dengan penuh gagah dan excitednya (tidak terkecuali, nervous) dan senyuman juga tidak kulupakan kerana senyum seindah suria yang membawa cahyaa~ Masa tu, yang ada Kak Ju, Kak Syima, Syira andd sir Syam. Aku pun bagi la segala maklumat peribadi kat sir. Um, memang waktu mula-mula, aku taknak judge orang ni macam mana, orang tu macam mana. Sebab aku tk kenal lagi.. so just let them be..

Kak Syima ajar aku pasal menu, Syira ajar aku ambil order. Kak Ju pulak, mengarah aku hamboiiiiiiiii kemain lagi en. Tapi nasib aku ni baik dan dengar cakap ohok ohok nyampah gila. Pape jela. Sebab aku ni baru so takleh ah sombong dengan senior en so ikut jelah...

Day by day, aku dah boleh dan berjaya ambil order dengan jayanya! Yeayyy *bunga api* ambil masa lebih kurang 4 hari la jugak... mula-mula sampai aku tengok customer pun aku takut lol. blablabla tiap-tiap hari benda sama.

Kalau dikira-kira, semalam dah masuk hari ke 20 aku berkhidmat di situ. Dan perasaan jemu dan bosan tidak mampu ku elakkan. Jadi jalan penyelesaiannya, aku decide nak resign on next week. Dan kemudian, cari yang baruuuuuuuu

Memandangkan hari sudah lewat dan banyak nyamuk dah puas menjamah darah aku, beta beradu dulu. Maaf untuk segala typo, penggunaan tatabahasa yang tunggang langgang, manglish yang agak sukar difahami, atau apa-apa sebarang kesulitan yang anda alami sewaktu membaca entry ini.

sekian,


peace & love.

No comments:

Post a Comment